Warning: trim() expects parameter 1 to be string, array given in /home/content/75/5748975/html/ctrmaviation/libraries/joomla/html/parameter.php on line 83
Dua Anak Syarikat Petronas ke Bursa Saham | CTRM Aviation Sdn Bhd - CTRM Aviation Sdn Bhd





Print PDF

Dua Anak Syarikat Petronas ke Bursa Saham

03/30/2010

Syarikat minyak kebangsaan, Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) telah mengenalpasti dua anak syarikatnya berpotensi untuk disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun ini. Selain itu, kerajaan juga sedang mempertimbangkan langkah- langkah penswastaan syarikat di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan dan agensi-agensi lain.

Empat buah syarikat terbabit ialah Percetakan Nasional Malaysia Bhd., CTRM Aero Composites Sdn. Bhd., Nine Bio Sdn. Bhd. dan Innobio Sdn. Bhd. Pengumuman itu dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melancarkan Model Ekonomi Baru (MEB) pada Persidangan Invest Malaysia 2010 di sini, hari ini.

Beliau berkata, inisiatif tersebut bertujuan mengurangkan penglibatan kerajaan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam aktiviti perniagaan yang akan menjadi lebih cekap jika ia dijalankan oleh sektor swasta.

Tambah beliau, selain itu ia juga memberi isyarat jelas terhadap komitmen menggalakkan persaingan dalam ekonomi, mengambil risiko dan merangsang pertumbuhan ekonomi jangka panjang yang akan memberi manfaat kepada penduduk negara ini.''Saya juga ingin berkongsi dengan anda sekarang bahawa kerajaan secara beransur-ansur akan mengurangkan peranannya dalam aktiviti-aktiviti persaingan secara langsung dalam sektor swasta,'' katanya.

Tambah beliau, kerajaan telah menyemak semula beberapa buah syarikat di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan dan agensi-agensi lain untuk diswastakan

You are here:   HomeCorporate Information

Correspondence:

Locked Bag 1028
Pejabat Pos Besar
75150,Melaka, Malaysia

address Location:

Composites Technology City
Batu Berendam Airport,
75350, Melaka. Malaysia

call +6-06 3174105

fax +6-06 3177213

email info@ctrmaviation.com