Warning: trim() expects parameter 1 to be string, array given in /home/content/75/5748975/html/ctrmaviation/libraries/joomla/html/parameter.php on line 83
Konvensyen Six Sigma Bantu Kualiti Politeknik Merlimau | CTRM Aviation Sdn Bhd - CTRM Aviation Sdn Bhd





Av_cert_bigAv_cert_bigAv_cert_bigAv_cert_bigAv_cert_bigAv_cert_bigAv_cert_bigAv_cert_bigAv_cert_bigAv_cert_bigAv_cert_bigAv_cert_bigAv_cert_bigAv_cert_bigAv_cert_bigAv_cert_bigAv_cert_bigAv_cert_bigAv_cert_big
Print PDF

Konvensyen Six Sigma Bantu Kualiti Politeknik Merlimau

05/31/2011

Seramai 60 pelajar semester akhir Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Merlimau Melaka (PMM) menyertai Konvensyen Six Sigma 2011, baru-baru ini dengan tumpuan menghasilkan perkhidmatan dan produk yang berkualiti. Pengarahnya, Dr. Arshad Kassim berkata, konvensyen kali ketiga yang diadakan pada tahun ini itu dilihat membantu pengurusan PMM mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang menganggu kelancaran operasi pentadbiran.

Menurutnya, Konvensyen Six Sigma yang berlangsung selama 10 minggu dan dikelolakan oleh tiga tenaga kerja profesional yang dipilih dalam kalangan pengamal industri iaitu Toshiba Electronics Sdn. Bhd.

"Pada pembentangan tugasan terakhir pelajar, dua kumpulan yang terbaik telah dipilih untuk membentangkan dua penyelesaian masalah dalam aspek mengoptimumkan penggunaan beberapa peralatan yang ada di PMM," katanya di sini hari ini. Menurut beliau, sempena program itu, Ahli Jawatankuasa Penasihat PMM yang juga Pengarah Urusan Rancangan Strategik CTRM Aero Composites Sdn. Bhd, Jamari A. Ghafar turut hadir bagi menyempurnakan perasmian acara itu.

Menurut beliau, latihan pembelajaran seperti 'six sigma' yang disediakan oleh pihak industri seperti Toshiba Electronics dianggap bersesuaian dengan keperluan kerja semasa dan mampu menghasilkan graduan menepati kehendak pasaran kerja semasa. "Program ini menyediakan kelebihan kepada pelajar selain untuk cemerlang dalam akademik, mereka memperolehi skil dan pengurusan dalam bidang berkaitan."Ia seterusnya ia bertindak sebagai pelengkap ke arah menghasilkan pengeluaran yang lebih berkesan dan ini amat berguna sebagai rujukan kepada pelajar apabila mereka tamat pengajian nanti," katanya.

You are here:   HomeCertifications

Correspondence:

Locked Bag 1028
Pejabat Pos Besar
75150,Melaka, Malaysia

address Location:

Composites Technology City
Batu Berendam Airport,
75350, Melaka. Malaysia

call +6-06 3174105

fax +6-06 3177213

email info@ctrmaviation.com