Warning: trim() expects parameter 1 to be string, array given in /home/content/75/5748975/html/ctrmaviation/libraries/joomla/html/parameter.php on line 83
SME Corp Meterai Janji Terokai Peluang Bersama | CTRM Aviation Sdn Bhd - CTRM Aviation Sdn Bhd

Customer & Approval

Print PDF

SME Corp Meterai Janji Terokai Peluang Bersama

06/07/2011

SME Corporation Malaysia (SME Corp.) menandatangani dua memorandum persefahaman (MoU) dengan Pejabat Promosi Perusahaan Kecil dan Sederhana (OSMEP) Thailand dan Organisasi Taman Kecil dan Industri (ISIPO) Iran hari ini.

Pemeteraian MoU itu bertujuan mengenal pasti minat dan peluang di antara SME Corp. dan dua rakannya dari Thailand dan Iran dalam membangunkan program kerjasama di bidang latihan, kepakaran, maklumat, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta sebarang aktiviti yang berkaitan pengetahuan yang mampu memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

OSMEP merupakan sebuah entiti kerajaan yang bertindak sebagai pejabat perancangan pusat dan kordinator bagi pelan-pelan tindakan kepada semua pejabat-pejabat berkaitan dengan promosi PKS di Thailand.

ISIPO pula organisasi pembangunan di bawah Kementerian Industri dan Perlombongan Iran yang merancang dan membangunkan kawasan dan taman perindustrian di samping menyokong industri kecil, mempromosi rangkaian kelompok perindustrian serta menyediakan perkhidmatan perundingan. MoU ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Datuk Hafsah Hashim manakala OSMEP diwakili Ketua Pengarahnya, Dr. Yuthasak Supasorn.

Hafsah turut mewakili SME Corp. untuk memeterai MoU kedua dengan ISIPO Iran yang diwakili Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Alinaghi Ghods. Majlis pemeteraian kedua-dua memorandum disaksikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena Pameran Inovasi PKS (SMIDEX 2011) yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir dan Pengerusi SME Corp. Datuk Mohammed Al Amin Abdul Majid.

Di majlis yang sama, Timbalan Perdana Menteri turut menyaksikan satu lagi pemeteraian MoU di antara The Boeing Company dengan tiga syarikat tempatan iaitu Composites Technology Research Malaysia Sdn. Bhd. (CTRM), SME Aerospace of Malaysia dan Spirit AeroSystem of Malaysia. Perjanjian persefahaman ini membuka peluang kepada syarikat peneraju aeroangkasa dan pengeluar jet dan pesawat dunia, Boeing mengeluarkan komponen dan peralatan istimewa bagi kegunaan sektor pertahanan dan aeroangkasa bersama dengan ketiga-tiga syarikat tersebut.